Pages

Showing posts with label PROGRAM. Show all posts
Showing posts with label PROGRAM. Show all posts

Malam Interaksi D' Bayu

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..



Alhamdulillah! Malam interaksi d'bayu telah pun diadakan dengan jayanya. Matlamat program ini adalah untuk memperkenalkan Barisan Pimpinan PERMIS sesi 2011/2012 serta merapatkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa Sabah yang berada di UKM. Bukan itu saja, malahan program ini menjadi satu medium untuk berkongsi masalah yang dihadapi oleh mahasiswa terutamanya mahasiswa tahun 1 yang masih baru dengan kehidupan di universiti. Lensa kamera Exco PERMIS sempat merakamkan beberapa gambar sepanjang aktiviti dijalankan...

~ Pengacara Majlis- Siti Norhidayah ~
~ Ucapan dari YDP Permis 2011/12 - Supardi Tullah ~





~ Terima Kasih ~

Kursus Kepimpinan Permis UKM 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah... akhirnya Kursus Kepimpinan Permis 2011 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 19 hingga 20 Mac 2011 bertempat di Pantai Seri Purnama Port Dickson, Negeri Sembilan. 

Antara cebisan kenangan yang sempat dirakamkan selama dua hari satu malam berkampung di sana... 


PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN PERMIS UKM 2011
PANTAI SERI PURNAMA, PORT DICKSON
19 - 20 MAC 2011

~ bermulanya perjalanan dr UKM - PD ~

~ sesi taklimat dr pengarah program ~
~ bekerjasama memasang khemah & banner~

~ sesi ice breaking ~
~ masing2 dgn kekreatifan memperkenalkan diri ~
~ dapat kenalan baru dr eidamanbikers.com ~ 

~ masa yg di tunggu-tunggu ~
~ nyum2...sedaaaap ~

~ 'sharing moments' ~

~ senamrobik ~
~ macam-macam gaya keluar..yg penting terhibur ~

~ Latihan Dalam Kumpulan ~
~ apa yang penting!!!! KERJASAMA ~

~ Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah ~
~ pesanan Kak Idz----> PERCAYA DGN DIRI SENDIRI ~

~ TERBAIK DARI KAMI ~

 ~ Jumpa Lagi ~


****Terima kasih daun keladi kepada semua yg terlibat secara langsung mahupun x langsung sepanjang merancang program KKP ni sehinggalah pada hari program dianjurkan... Semoga tautan ukhuwah kita berpanjangan dan ingatlah selalu KENANGAN time KKP 2011 yaaaa... Sehingga berjumpa lagi di program PERMIS yg seterusnyaa.....

TERIMA KASIH ^_____^

coretan dr ex-programmer---> insanbiasa

Jom Aramaiti!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

salam permis! program kepimpinan bermula esok hari. tahu kan? ada lagi kah yang belum mendaftar untuk program tu? tunggu apa lagi? jom aramaiti besok di pantai Seri Purnama,Port Dickson! ^-^ bagi yang belum berdaftar jom cepat-cepat daftarkan nama di bilik PERMIS,Pusanika.. best program ni! bagi siapa-siapa yang sudah berdaftar tu bawalah kawan-kawan ikut sekali..



Permisan sayang~ dalam program ini kita akan dapat menambah banyak pengalaman disamping dapat menambah ramai kenalan dari negeri di bawah bayu,negeri Sabah yang kita cintai..tambahan pula bagi mana-mana yang belum lagi menjejakkan kaki mereka di pantai Seri Purnama,ambillah peluang ini.. bukan selalu pun kan? jarang-jarang juga ni kan? apa lagi? jom! pergilah packing barang ar.. malam ni tidur lena,besok kita jalan sama-sama =)

pesan permis~ hujan dimakmal bahasa,ambil kesempatan update blog keluarga permis yang terchenta (n_n)") jumpa di entry lain... babai! eh.. jumpa di alam nyata esok hari... salam sayang permisan! :)