Pages

UKM ke-31 World University Rankings


TUANKU MUHRIZ (tiga dari kanan) melihat demonstrasi bantuan pernafasan kecemasan oleh pelajar selepas merasmikan Sambutan 40 Tahun Fakulti Perubatan UKM di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tangga ke-31 keseluruhan dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2012 bagi universiti di bawah 50 tahun penubuhannya.

Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Sri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, kedudukan itu adalah pengiktirafan peringkat dunia yang mana UKM merupakan satu-satunya universiti tempatan yang tersenarai.

Beliau berkata, UKM dipilh berdasarkan kajian, hasil jurnal, kepakaran tenaga pengajar dan jumlah mahasiswa dalam penglibatan setiap kajian.

"QS menilai setiap aspek penghasilan bahan ilmiah dan penemuan baharu dan salah satu sebabnya adalah kajian Fakulti Perubatan yang sering kali muncul dengan penemuan yang berkualiti tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Sambutan 40 Tahun Fakulti Perubatan UKM di sini semalam.

Majlis itu disempurnakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selaku Canselor UKM.

Sumber: Kosmo

~ WE LOVE UKM ~ 

0 comments: