Pages

Perjumpaan Rasmi Permis ( 06/04/2011 )


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Salam Permisan! lama blog ditinggalkan sepi,oleh kerana kesibukan para admin blog menjelang minggu exam,jadi blog ini diabaikan seketika.. tapi bukan bermakna melupakan terus laman keluarga Permis ini..harap yang lain faham dan mengerti.. salah admin juga sebab kurang update cerita-cerita terkini.. sepuluh jari dihulurkan tanda mohon keampunan.. oh ya,sebelum terlupa,kepada pengunjung yang terlalu setia berkunjung ke laman ini,maafkan admin sebab blog sudah bersawang.. insyaAllah lain kali akan mencuba sebaik mungkin untuk update apapun informasi terkini.. dan juga kepada "pengkritik bebas" yang memberi komen di ruangan sembang di tetingkap sebelah kanan.. jutaan terima kasih dengan komen membina tu  ^-^ admin nda marah bah...malah berpuas hati lagi dengan cadangan tu.. 

Bagi siapa-siapa yang belum tahu,hari ni merupakan perjumpaan permis antara MT dan exco-exco yang baru.. kiranya kita saling menjejak kasih setelah berlalunya program KKP tempoh hari.. rindu? ahh mesti yang ada juga kan? okay berbalik kepada cerita asal.. tujuan utama perjumpaan tu sebenarnya semata-mata mahu membuat perjumpaan dengan penasihat permis iaitu Prof Tajuddin.. tapi memandangkan beliau tidak dapat hadir jadi meeting diteruskan juga tanpa kehadirannya.. terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi mengorbankan masa bersama-sama tadi,bagi yang tidak hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,tidak mengapa,tapi pastikan perjumpaan yang akan datang hadir ar.. kehadiran kalian adalah satu penghargaan yang tidak terhingga buat kami dan buat persatuan ini..

Antara pengisian yang dilakukan tadi antaranya memperkenalkan sekali lagi barisan kepimpinan baru Permis,sebagaimana yang tercatat disini.. ada masa boleh lawat dan baca semula entry tersebut..boleh kan? Tapi saya yakin mesti ramai yang dah kenal juga dengan MT dan Exco baru sebab agak lama tersadai entry tu dalam blog.. he he he.. seterusnya selepas itu,ada pembentangan program akan datang oleh bakal-bakal ketua pengarah program.. disini disimpulkan program akan datang iaitu

Makan Malam Amal


Ulasan NYDP,Jira : 
Agenda: makan malam akan disertai oleh anak-anak yatim dan YDP setiap persatuan anak negeri UKM ataupun wakil..
Tarikh : 23@24 september 2011
Tempat : Bangi Golf Resort Restaurant
* TERTAKLUK PADA PERUBAHAN*

  Hari Minggu Siswa


Ulasan YDP,Adit
- MMMS ( minggu mesra mahasiswa sabah ) ditukar menjadi HMS. sasaran utama pelajar tahun satu yang baru masuk,cadangan dibuat selepas dua atau tiga minggu kemasukan pelajar baru  sesi 2011/12. MT dan Exco DIWAJIBKAN hadir. ( Program ini akan dikendalikan oleh Exco Kebajikan & Logistik~ Feddy Fidelis )

  Opkim D' Bawah Bayu


Ulasan TYDP,Sauffah:
-cadangan tempat,Kota Belud,Kudat,Ranau,Tawau & Sandakan cadangan tarikh pada 22-27 januari 2012.. program ini akanmelibatkan siswa/I UMS dan boleh juga dibuka kepada siswa/I UKM yang berasal dari semenanjung.
                                       
Karnival Sukan


Ulasan exco Sukan,Izhar:
- Julung kali diadakan,banyak sukan yang akan diadakan :
1) Futsal
2) Bola jaring
3) Bola Tampar
4) Badmminton
                                            
~Diadakan pertandingan sukan antara mahasiswa/I Sabah di setiap universiti
~ Tarikh cadangan : 5-13 november 2011
~ Tempat : padang UKM

 ( Sebarang cadangan masih boleh diusulkan )
                                         
Hari Keluarga Permis 


Ulasan S/U,Feeda :


- Tarikh 7-10 April 2012
Tempat : Pulau langkawi
* TERTAKLUK PADA PERUBAHAN SEMASA*

Minggu Perkampungan Sabah


Ketua Pengarah : Adit Lulu ( YDP)

Selain daripada tu ada pembentangan usul daripada barisan Exco,okay yang ini boleh dikatakan setiap exco boleh membuahkan cadangan dan usulan dalam perkara tersebut :-

Penukaran semula logo Permis


Terbuka kepada semua ahli Permis untuk mereka cipta logo Permis yang baru.Tempoh masa yang diberi ialah sepanjang 4 bulan cuti semester. karya hendaklah kreatif tapi tidak boleh melampau sehingga menghilangkan wajah Permis & UKM pada Logo.
Peringatan! warna yang suram tidak diperlukan.

 Cadangan baju rasmi dan tidak rasmi bagi persatuan Permis


Baju Rasmi : F1/batik ( tadi dalam meeting majoriti memilih F1)
Bukan Rasmi : T-Shirt ( Design baju juga dibuka kepada sesiapa yang kreatif :)

Cadangan Penasihat Permis Yang Baru


Terdapat beberapa nama yang disenaraikan oleh YDP tadi.. memandangkan senarai tiada pada saya maka nama bakal-bakal penasihat akan ditambah kemudian.

Usai pembentangan ada sesi bergambar di bilik permis. walaupun ruang cukup terhad,namun berkat kesabaran mereka akhirnya sesi tersebut berjalan dengan lancar.. oh ya,lupa.. sebenarnya meeting tadi turut disertai oleh seorang pelajar UM,iaitu mazhair Shahroz ataupun Elty.. kesudian beliau bertandang adalah sangat dihargai.. terima kasih..  selamat menjamu mata! di bawah ini ada beberapa gambar yang sempat dirakamkan oleh picu kamera tuan YDP.. thanks ar YDP :') kamera anda sangat BERJASA!


Mereka yang rajin.. Jira? apa di tengok tu? macam-macam juga gaya yang ada kan? :)

Tempat setiap exco diasing-asingkan bagi memudahkan.. ini semua arahan Adit Lulu merangkap Ydp

Sauffah yang malu-malu bila ditangkap gambarnya oleh daku
gambar ini diambil sebelum dia membentang..

Orang kuat Permis Adit Lulu aka YDP... uish,rajin betul tau,panjang lebar juga pembentangan beliau tadi..tapi semua masuk dek akal juga.. 

Ini gaya bila sudah tau akan digambar.. senyuman si Hady yang paling tau.. sepadan dengan sumandak yang dibelakang tu... (n_~)

Hanz dan Fedy... sebut Fedy ingat tadi bila dia terkejut tiba-tiba namanya dipanggil dan diminta untuk membentang program HMS.. jadi blurrr terus itu anak.. ahh comel! ha ha ha~

Mazhair Shahroz atau nama timangannya Elty.. mesti ramai kenal kan? ahli kumpulan Elhamz.. baru jak ni keluar album pertama diorang baru-baru ni.. siapa berminat boleh tempah CD mereka dengan Sopa atau dia sendiri okay ( versi promote! )

Apakah? adakah anda sedar diri anda di shoot waktu ini?? ngaaaa~~ 

Hady dan Jickson.. apa kau buat tu? ngantuk juga kah? haiiyakkk...

Fedy bah minuman tu ar nda tertelan tau.. samalah dengan Jickson tu.. makan nda sempat masuk dalam mulut lagi tu..

Sumandak lawa dendo kan? :')

Mustapha dan Fedy lagi



Tanda tanya :- mana gambar yang lain lagi???
* banyak lagi ni tapi malas mau upload semua... siapa mau gambar tu inbox ar di email Permis *

AKHIR KALAM

"Selamat maju jaya dalam exam yang bakal menjelang.. buat yang terbaik keluarga permis! kasi bangga itu bapa mama kita,biar mereka senyum lebar dengan kejayaan yang bakal kita rangkul,biar mereka bakal menitiskan air mata kegembiraan dan bukannya air mata kesedihan.." 

INGAT!
"MASA itu mata pedang! tajam dan mencantas dengan rakus tanpa peduli apapun..
hargailah masa yang ada dengan sebaik mungkin.. exam nanti buat berabis..ingatlah orang tersayang"

InsyaAllah,mudah-mudahan semua dapat keputusan cemerlang..
kalau ada sumur diladang,boleh kita menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang,boleh kita berjumpa lagi
"SEMESTER DEPAN"

8 comments:

ian salleh said...

gambar2 yg d bilik permis xda ka??

Faz Nandra said...

ada pulak di atas tu.. gambar formal diupload kemudian :)

Unladylike said...

wa..sy terharu

Faz Nandra said...

cilla =) hehe.. terharu jangan sampai nangis ar.. hehe

naughty kid said...

membuyuk ni..sy tida dipggl :/

Faz Nandra said...

uik.. surilah Faris... =p

annsthyl0ve said...

wah..ada blog pula.. mana gmbr saya?? hehe.

loveoyeah said...

nak ikut citra bayu hujung bulan nih ada kosong lagi kah?