Pages

INFO PANAS : BERHATI_HATI DENGAN TELUR PALSU DARI CINA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Salam permisan! pertama sekali selamat berhujung minggu,rehatkan diri,rehatkan otak,tapi ingat jangan terlampau relaks sampaikan final exam lupa dan buat-buat selamba.. 

nampak tajuk di atas kan? siap huruf besar lagi tu tajuk.. sekadar perkongsian bersama kepada semua ahli keluarga permisan yang sangat dikasihi selalu..walaupun mungkin sudah ada yang  tahu maklumat yang akan saya sampaikan ni,tapi tidak salah kalau saya coretkan sedikit pasal telur palsu ni disini.. iyalakan,mesti ada juga yang tidak tahu.. sebagaimana saya yang baru tahu lewat semalam menerusi laman sosial Facebook.. nasib baik ada rakan yang sudi kongsi,barulah semangat saya berkobar-kobar mahu kongsikan juga dengan keluarga Permisan..

takut-takut pula kalau ada yang tengok harga telur murah terus beli kan? sebelum beli tu teliti dulu dengan betul ar.. baiklah,sebagaimana yang kita tahu negara Cina merupakan negara yang paling banyak mengeluarkan barang tiruan,tidak kiralah sama ada alat permainan kanak-kanak,peralatan dapur dan kini dengan teknologi di Cina mereka mampu buat telur palsu pula... uissshh!! paling dasyat ni tau orang Cina..dan melalui pemahaman saya,telur ini 100% dibuat daripada bahan kimia.

Putih telur dan kuning telur dibuat menggunakan bahan daripada  natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan, manakala kulit telur dibuat menggunakan bahan daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat..nahh kan.. kalau namanya bahan kimia memang kesannya bahaya kepada pengguna,lebih-lebih lagi ia adalah makanan.. jadi peratusan untuk mendapat penyakit tu memang tinggi.. kesan kepada pengguna,mereka akan mengalami penyakit seperti lupa ingatan,dan boleh sampai kepada penyakit mental yang serius! selain daripada tu ia boleh menjejaskan metabolisme,saraf otak dan menjejaskan fungsi hati..

Oleh itu kepada semua ahli keluarga Permisan,jangan sembarangan membeli telur ayam tu.. bahaya betul,ohh ya lagi satu lupa mau bagitau.. kalau telur ayam palsu ni,antara ciri-cirinya tiada ruang udara pada telur..kalau buka kulit telur tu kan biasanya ada ruang udara di dalam tu kan? hujung telur tu kelihatan sedikit kempis,itu kalau yang ori punya.. kalau yang palsu tu bentuknya betul-betul bulat..selain tu pada kuning telur ada selaput putih yang nipis yang memisahkan kuning telur dengan putih telur.. tengok gambar di bawah..

Telur tiruan ni kalau digoreng ada banyak buih.. lepas tu pula pada kuning telur akan kelihatan lapisan nipis berwarna putih..

Cara buat kulit telur.. benda ni perlu dikeringkan terlebih dulu.. lepas tu ia akan kelihatan seperti kulit telur yang asli

Inilah bahan-bahan kimia yang digunakan untuk memproses telur tiruan..

Kuning telur diletakkan ke dalam sejenis cecair yang berfungsi sebagai lapisan nipis yang memisahkan kuning telur dan putih telur


Perbezaan telur asli dan tiruan... 

Pesan permis~ Rasa telur tiruan ni sama jak dengan telur asli.. tiada bezanya.. Terima kasih membaca dan sudi meluangkan sedikit masa kalian,kalau sudi tinggalkan komentar anda di ruangan komen ^-^ 

Sumber gambar : Malaysia sensasi, dan ihsan dari google
Sumber maklumat : beberapa artikel dalam blog orang ramai,Facebook

0 comments: