Pages

Konvensyen Mahasiswa Sabah Semenanjung 2012


Dengan rasa syukur, alhamdulillah Konvensyen Mahasiswa Sabah Semenanjung kali pertama telah berjaya dianjurkan baru-baru ini. Konvensyen ini telah dihadiri seramai 30 perwakilan mahasiswa Sabah daripada beberapa universiti tempatan di semenanjung Malaysia antaranya UKM (selaku penganjur), UM, UPM, USM, UUM, UTeM, UTHM, UniMAP, UiTM dan UPSI. Beberapa isu telah dikemukakan dan antara isu yang hangat dihujahkan sepanjang konvensyen tersebut adalah isu kebajikan mahasiswa Sabah di semenanjung. Beberapa resolusi juga telah ditetapkan dan diharapkan agar segala resolusi tersebut dapat dilaksanakan sebagaimana yang diperkatakan. Sepanjang dua hari berkampung di UKM, akhirnya konvensyen ini berakhir dengan Majlis Perasmian Penutupan yang telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Hj Shafie bin Hj Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah diikuti dengan Majlis Makan Malam Amal Kinabalu pada malam 30 Mei 2012. Majlis perasmian ini juga mendapat liputan media. Selaku penganjur program, kami mengucapkan jutaan terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan  dan ingin memohon ribuan kemaafan atas segala kekurangan yang ada sepanjang konvensyen dijalankan. 

-Terima kasih atas kerjasama semua-

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera...


Kami dari Pimpinan PERMIS sesi 2011/12 mengucapkan "Selamat Menduduki Peperiksaan" kepada semua mahasiswa/i yang bakal berjuang di medan peperiksaan yang lebih kurang seminggu lagi.. Berusahalah selagi masa masih ada, ingat pesan mak, ayah, pensyarah, dan banyakkan berdoa agar dimudahkan segala urusan kita..amiinnn..

JANGAN LUPA!!!
  • KAD MATRIK
  • SLIP PEPERIKSAAN/ KAD KMJP
~ Semoga Kejayaan Menanti Anda ~

UKM ke-31 World University Rankings


TUANKU MUHRIZ (tiga dari kanan) melihat demonstrasi bantuan pernafasan kecemasan oleh pelajar selepas merasmikan Sambutan 40 Tahun Fakulti Perubatan UKM di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tangga ke-31 keseluruhan dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2012 bagi universiti di bawah 50 tahun penubuhannya.

Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Sri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, kedudukan itu adalah pengiktirafan peringkat dunia yang mana UKM merupakan satu-satunya universiti tempatan yang tersenarai.

Beliau berkata, UKM dipilh berdasarkan kajian, hasil jurnal, kepakaran tenaga pengajar dan jumlah mahasiswa dalam penglibatan setiap kajian.

"QS menilai setiap aspek penghasilan bahan ilmiah dan penemuan baharu dan salah satu sebabnya adalah kajian Fakulti Perubatan yang sering kali muncul dengan penemuan yang berkualiti tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Sambutan 40 Tahun Fakulti Perubatan UKM di sini semalam.

Majlis itu disempurnakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selaku Canselor UKM.

Sumber: Kosmo

~ WE LOVE UKM ~ 

Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen Mahasiswa Sabah Semenanjung & Makan Malam Amal Kinabalu 2012


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

Persatuan Mahasiswa Sabah UKM dengan julung-julung kalinya akan menganjurkan Konvensyen Mahasiswa Sabah Semenanjung pada 29 dan 30 Mei 2012. Konvensyen ini akan diadakan di Bilik Majlis Bangunan Canselori (29 Mei 2012) dan Dewan Sri Kayangan, Kelab Danau UKM (30 Mei 2012) dan akan dirasmikan oleh YB Dato' Seri Hj Mohd Shafie bin Hj Apdal pada 30 Mei 2012.

Sehubungan dengan itu, kepada mahasiswa Sabah UKM yang ingin mendaftarkan diri untuk Majlis Makan Malam Amal Kinabalu, boleh menghubungi AJK Pendaftaran kami. 

-kehadiran anda sangat dialu-alukan-



REPOST : Program Permis Akan Datang

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera...



Sem 2 sesi 2011/2012 kini kembali, macam-macam program yang telah disusun oleh barisan pimpinan Permis khas untuk anak-anak Sabah di UKM ni.. Sebelum cuti sem 1 hari tu ramai yang tanya program-program Permis untuk sem 2 nanti.. Wah, terima kasih pada yang bertanya, rupanya ada juga yang menanti-nantikan program Permis ni.. Setelah perbincangan antara Majlis Tertinggi Permis, antara program Permis yang telah diatur seperti:
  • Program Eksplorasi Rimba Ilmu (Pulau Langkawi)
  • Program Malam Citra Bayu (Universiti Sains Malaysia)
  • Konvensyen Mahasiswa/i Sabah Semenanjung (Universiti Kebangsaan Malaysia)
  • Program Makan Malam Amal Kinabalu (Puri Pujangga, UKM)
  • Program Kembara Bakti Siswa (Sandakan, Ranau, Kota Kinabalu)
  • Annual Grand Meeting Permis (FSSK)*
Diharapkan apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Komitmen dari semua pihak sangat penting dan yang paling penting, dapat berkumpul dan berjejak kasih dengan anak-anak Sabah di UKM...

~ bha jumpa di sana ~