Pages

Tolong ambil Perhatian sikit bah~

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Maaf dengan tajuk entry yang mungkin kelihatan kurang sopan dan seumpamanya,tapi boleh kah minta tolong? sesiapa yang merasakan dirinya memegang kertas usulan aktiviti akan datang tu ( pada malam AGM lepas),tolong hantar salinan ke kantung email permis, permisukm@ymail.com secepat mungkin. Begitu juga dengan senarai nama barisan kepimpinan yang baru sesi 2011/2012,tolong hantar segera ar.. blog baru ni masih merangkak,jadi untuk memastikan ia boleh berlari maju silalah beri kerjasama anda.. bukankah niat kita sama-sama untuk memperkenalkan PERMIS UKM ke mata dunia? menyegerakan sesuatu yang baik itu  perkara yang bagus bah kan?

Tadi di laman muka buku ada yang bagi cadangan supaya menambahkan carta organisai dalam blog ini. Untuk pengetahuan sebenarnya carta organisasi akan dimuatkan ke dalam blog ini dalam masa yang terdekat. Memandangkan senarai nama dan gambar wajah-wajah baru badan kepimpinan masih belum ada di tangan saya,jadi mungkin proses itu mengambil sedikit masa.. segalanya terpulang kepada mereka yang memegang senarai nama dan senarai usul aktiviti yang bakal menjelang.. Bagi ahli pimpinan yang baru dilantik,anda dikehendaki menghantar gambar ke email Permis dengan kadar segera untuk dimuatkan dalam slide blog ini.. ini bertujuan untuk memprkenalkan kalian kepada ahli keluarga Permis yang lain.Terima kasih ^-^
( kalau boleh bagi gambar yang formal sikit,macam gambar yang diletakkan di carta organisasi bilik permis tu)

pesan permis~ maaf,blog kelihatan tunggang langgang dan kelihatan tidak formal. semuanya di buat atas arahan ringkas dari YDP Pandi semalam sewaktu AGM untuk membuat blog permis.. semuanya serba ringkas,boleh bah kan? sesiapa yang ada cadangan atau kritikan bolehlah titipkan komen anda di blog ini atau di email permis.. pandangan kalian membawa kepada kemajuan PERMIS!





2 comments:

Fedy Fidelis said...

ringkas is better.. congratz author..

PERMIS UKM - Persatuan Mahasiswa Sabah said...

=) thanks Fedy..