Pages

Perjumpaan Pertama dengan barisan kepimpinan Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
(kredit to en.Google!)




Hai keluarga permis yang dikasihi selalu! ada maklumat baru yang perlu untuk kita kongsi bersama. Semalam merupakan pertemuan pertama antara Exco-exco Permis baru. Dan dalam pertemuan itu ada beberapa kata putus yang diambil,antaranya lantikan terhadap beberapa orang pelajar tahun satu untuk menjadi Exco dan AJK Permis,serta membincangkan tentang program yang bakal berlangsung hujung minggu ini.

semua tahu kan apa program hujung minggu ni?? atau tidak tahu? kalau ada yang tidak tahu tu biar saya jelaskan dengan terperinci. Baiklah program hujung minggu ini ialah KPP iaitu PROGRAM KEM KEPIMPINAN PERMIS 2011 yang akan diadakan di Pantai Seri Purnama,Port Dickson. Setiap peserta akan dikenakan bayaran sebanyak RM 15.00 bagi menampung makan serta tempat tinggal selama dua hari dan satu malam. Terdapat banyak aktiviti yang dilakukan pada hari kejadian. Untuk lebih jelas lagi disini disertakan sekali tentatif bagi program tersebut :-


TENTATIF PROGRAM KPP 2011

Tarikh
Masa
Program
19 Mac 2011
(Sabtu)
2.00 p.m
Peserta dan Urusetia berkumpul di Pusanika UKM
2.30 p.m
Bertolak ke Port Dickson
4.30 p.m
Ketibaan Peserta dan Urusetia di Pantai Seri Purnama
5.00 p.m
Taklimat Program / Solat Asar / Mengemas Tapak Khemah
6.00 p.m
Santai d’ Pantai Seri Purnama
7.00 p.m
Rehat / Solat Maghrib Berjemaah
8.00 p.m
Pembahagian Kumpulan / Ice Breaking
9.00 p.m
Barbeque dan Makan Malam
10.30 p.m
Malam d’ Bawah Bayu
11.30 p.m
Kembara Mimpi
20 Mac 2011
(Ahad)
6.00 a.m
Solat Subuh dan Tazkirah
7.00 a.m
Senamrobik
8.00 a.m
Sarapan Pagi
9.00 a.m
Latihan Dalam Kumpulan
10.30 a.m
Slot Kepimpinan Berorganisasi
12.00 p.m
Majlis Perasmian dan Penutupan KPP 2011
1.30 p.m
Makan Tengahari / Solat Zohor / Mengemas Tapak Khemah
3.00 p.m
Sayonaraaaaa…

 Faham kah? atau masih memerlukan penjelasan? oh ya.. bagi Exco permis diwajibkan hadir. Bagi tahun satu pula anda sangat dikehendaki untuk hadir,kalau tidak masakan program tu dibuat kan? ada program mestilah ada penyertaan dari keluarga Permis semua..kedatangan semua ahli keluarga permisan sangat dihargai bagi memeriahkan program yang telah lama dirancang ini.. jom kita berkenal-kenalan sesama keluarga Permis! nanti kalau selisih tengah jalan tu tiada lagilah bermasam muka.. insyaAllah lepas program ni kita boleh bertukar-tukar senyuman sebab sudah berkenalan dan sama-sama membuat aktiviti dalam program tersebut.. boleh bah kan?? bagi adik-adik tahun satu.. marilah ramai-ramai kita.. 

kembali kepada objektif..

Antara objektif program ini dilakukan ialah untuk mengeratkan hubungan diantara ahli keluarga Permis walaupun berbeza agama dan budaya masing-masing,membina kepimpinan dan kerjasama dalam diri mahasiswa..serta untuk menuju kepada visi dan misi UKM dalam melahirkan mahasiswa yang memiliki 'tewering personality'.

pesanan~ selewat-lewatnya bayaran dibuat pada hari jumaat ini.

TERIMA KASIH ^_^



3 comments:

Unladylike said...

sedih..nama kami teda suda di exco :(

apapun tahniah permis

PERMIS UKM - Persatuan Mahasiswa Sabah said...

hehe.. ndapa bah cilla.. kamu tetap orang kuat permis juga .. ^-^

Izar89 said...

updte blog ni ari2..hehe..