Pages

Minggu Pengenalan Persatuan 2011



Assalamu'alaikum dan salam sejahtera...



Alhamdulillah, Minggu Pengenalan Persatuan UKM telah pun berlangsung dengan jayanya. Sepanjang minggu pengenalan persatuan ini, yang bermula dari 19 sehingga 20 September 2011, penyertaan daripada kalangan mahasiswa UKM tahun satu amat menggalakkan. Bahkan, mahasiswa daripada tahun-tahun yang lain juga tidak ketinggalan untuk mendaftar dalam persatuan-persatuan anak negeri yang ada. Bagi PERMIS pula, tahun ini mencatatkan rekodnya yang tersendiri. Berdasarkan rekod, seramai 56 mahasiswa  yang majoritinya dari kalangan mahasiswa tahun 1, telah mendaftar untuk menjadi ahli di bawah naungan PERMIS. Sedikit membanggakan, terdapat juga mahasiswa yang bukan kelahiran negeri Sabah telah menyertai PERMIS. Mungkin dalam kalangan mereka, ada yang berminat mendalami serta mendekati mahasiswa kelahiran negeri Sabah itu sendiri. Sehinggakan ada yang bersedia untuk mengeluarkan duit semata-mata ingin menyertai program-program (rujuk disini) yang telah pun dirancang oleh Barisan Pimpinan PERMIS sendiri.  Maka, berbanggalah menjadi anak SABAH!


Jom terjah antara gambar-gambar yang sempat dirakam lensa kamera ajk yang bertugas. layan....





























Sekian. Semoga hubungan silaturrahim antara Mahasiswa Sabah UKM akan terus bertambah erat. Insya-Allah, barisan pimpinan akan mengadakan aktiviti yang terdekat untuk meraikan ahli baru PERMIS. Atau mungkin juga anda mempunyai cadangan aktiviti yang lebih baik untuk diadakan. Sila lah komen.


:: Salam 1UKM, 1SABAH::

Minggu Pengenalan Persatuan- Permis di UKM KL

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera...

- Mahasiswa/i Sabah UKM KL -
- peaceeeeeeeeeeee -

~ Terima Kasih ~

BARISAN PIMPINAN PERMIS 2011/2012


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera...

Barisan Pimpinan Persatuan Mahasiswa Sabah sesi 2011/2012 


Semoga barisan pimpinan yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan penuh keikhlasan. Diharapkan juga Mahasiswa Sabah yang berada di Universiti Kebangsaan Malaysia dapat memberikan sokongan sepenuhnya dalam aktiviti (klik sini) yang telahpun dirancang. 

~ Terima Kasih ~

SELAMAT DATANG WARGA BARU SABAHAN UKM!


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

pandang kiri dan kanan,oh rupanya blog ini sudah bersawang kerana terlalu lama dibiarkan sepi tanpa ada apa-apa entry yang terbaru daripada admin..pertama sekali saya selaku admin pertama blog ini mewakili dua orang admin yang lain ingin memohon sejuta kemaafan daripada keluarga Permisan kerana membiarkan blog ini menjadi usang biarpun tiada debu-debu yang dapat dilihat secara zahirnya.. di samping itu juga,saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin. Rasanya masih belum terlambat kan,bulan syawal pun masih ada lagi saki bakinya untuk sama-sama kita saling memohon kemaafan di sini.  oh ya, kalau dilihat dari ruang tetingkap bicara di sebelah kanan,ada beberapa komen daripada pengunjung blog ini yang saya yakin mungkin sabahan juga. Terima kasih dengan kritikan membina,terima kasih kerana menegur kelembapan perjalanan blog ini. Untuk makluman semua, kewujudan blog ini masih lagi baru..kalaulah diibaratkan dengan bunga,blog ini ibarat kuncup bunga yang masih mentah,dan kalaulah kita ibaratkan dengan manusia,blog ini sama seperti bayi yang baru saja merangkak dan cuba bertatih berjalan selangkah demi selangkah.. namun begitu keprihatinan yang diberi oleh kalian terhadap blog ini adalah sangat dihargai. Terima kasih ^-^ insyaAllah,hari demi hari segala kesilapan dan kekurangan akan diperbaiki dan diperkasakan lagi.

SELAMAT DATANG KE LEMBAH ILMU,UKM!!

Apa khabar ahli Permisan yang baru? harap sentiasa sihat sepanjang bulan ini. Saya difahamkan Minggu Mahasiswa Pelajar telah dilanjutkan menjadi sebulan. Secara tidak langsung MMP bertukar menjadi BMP,betul kan? bah.. terpaksalah kamu bersabar ar,jangan sampai ada yang mau bunuh diri terjun bangunan gara-gara hal tu..tidak juga bah kan? iman biarpun senipis kulit bawang,tapi akal tetap ada untuk menentukan yang baik dan buruk..muslim atau bukan muslim,keduanya perlu berfikiran wajar dan rasional setiap masa, jadi siapa yang baru terfikir mau terjun tu taubat-taubatlah sikit.. mahasiswa/I kena berhati cekal dan tabah.. fikiran perlu dikembangkan dan diperluaskan, jangan biarkan akal jadi cetek seperti berada di kawasan ruang lingkup gelas kecil.. biarlah akal berkembang seperti luasnya lautan.. pandang lagi kiri dan kanan sambil tangan dibawa kemulut.. " ohh bebelan daku sudah mula memanjang.. STOP!! "

Berbalik kepada tajuk tadi.. kepada adik-adik yang baru saja menjejakkan kaki ke UKM diharap dapat membiasakan diri dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus. kalau ada masalah bolehlah datang bertemu dengan senior-senior dari Sabah ni.. manalah tahu dapat tolong kan,sekurang-kurangnya sedikit bebanan masalah yang ditanggung oleh adik-adik ni dapat dikurangkan.. jangan segan dan jangan malu,kita kan ahli keluarga Permisan.. kami sudi meminjamkan telinga mendengar masalah dan luahan hati kalian... =) insyaAllah.. ohh ya ,sebelum terlupa.. bagi pelajar baru yang berada di kawasan kampus Bangi,pendaftaran persatuan sedang diadakan di bangunan PUSANIKA sepanjang minggu ini. Jadi bagi sesiapa yang belum mendaftar masuk ke dalam persatuan mahasiswa/I sabah (PERMIS), adik-adik sangat dialu-alukan untuk mendaftar. Untuk peringatan,esok adalah hari yang terakhir bagi pendaftaran tersebut. Kelalaian dari pihak adik-adik akan menghilangkan peluang untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang akan diadakan bersama ahli keluarga Permisan yang lain. Manakala bagi pelajar baru yang berada di kawasan kampus Cheras,pendaftaran persatuan akan bermula pada minggu hadapan. Sesiapa yang ada kawan-kawan sabahan yang baru mendaftar dan belum lagi mendaftar, tolong ingatkan mereka semula ar.. rugi kalau peluang ini dilepaskan begitu saja.. ndakan kamu mau membiarkan label anak sabahan UKM tu hilang kan? jangan action buat-buat mendaftar di negeri lain sudah.. anak Sabah bah kita ni.. :)

Bah~ cukuplah bebelan untuk malam ni. Kalau berlimpas-limpas tu tegur-tegurlah ar,jadi kita boleh eratkan lagi silahturrahim sesama kita..

Bakar hutan tanam kesum,
Buat masak gulai patin,
Sebar salam murahkan senyum,
Sahabat bertambah ukhuwah terjalin.

By : Faz Nandra

Permis di Citra Bayu 2009

Wa!! Salam Satu Sabah, Satu PERMIS!

Well, terima kaseh daun keladi kepada admin sebab sudi menerima permohonan gue sebagai penulis sampingan di PERMIS ini. hehehe

Apa itu citrabayu ? Kalau saya, saya panggil citrabayu ja tapi nama program ini sebenar ialah Malam Citra Bayu, di mana program ini di anjurkan setiap tahun oleh persatuan mahasiswa sabah USM atau lebih di kenali PERSIS. Untuk pengetahuan adik-adik dan sahabat-sahabat semua, setiap IPTA mempunya nama persatuan mahasiswa yang berbeza-beza, tidak semuanya PERMIS, teringat saya seorang adik ni tersasul menyebut, PERMIS di USM. hehehea

Okey mengenai Citrabayu kali ni, memang amat bersyukur yang gilaaa punyalah sebab, semua orang betul-betul support kami kali ini, semua cukup ni, nah mari kita tengok satu-satu apa yang saya cakap cukup ni,
okey yang pertama BAS,  kalau kamu semua mau tau, dua tahun kami join citrabayu baru tahun ni kita ada bas sendiri, mesti kamurang tertanya-tanya tu kan macam mana kami survive ke usm, panjang cerita dia, betul-betul panjang ni. 

Tahun 2009, kami menumpang bas UPM, mula-mula kami ambil train lah pergi sana then ambil bas rapid masuk UPM, tunggu mereka di bustop sana ambil kami.

Sedihkan? Ya, sedih jugalah tapi tu lah semangat kami, mau tunjukkan yang PERMIS UKM pun ada juga fight kan, hehe. Yang gambar kanan ni kami ambil di ktm ukm lah, ramai kan?

Walupun kami nda menang, tapi nda pa kami menang penonton, hehe dan yang paling penting di sinilah persahabatan kami atas nama PERMIS bermula di situ..betul, kalau kamu nda percaya tanya saja kami. hahaha

Apa lagi yang special ah, citrabayu 2009..oh ya, ni paling spesel la punya..mantan-mantan exco dulu semuanya menari tau, dan yang paling saya kagum lagi yang lelaki dia, mostly semuanya first time menari dan mengaku tidak pandai menari, okey.. hehe banyak ni cerita paling best citrabayu.

Dan tahun lalu pun kami ada join juga tp itu paling sandi la sebab 2 org ja lelaki yg join menari, Mckelly and Karl. Ya kami menari apa ya, nda ingat sudah, tapi kalau ingat balik memang luculah.

Tahun 2010 pula adalah tahun bertuah bagi kami sebab, berkenalan dengan salah seorang penari UKM yang juga org kita, urg sabah bah, kami betul-betul berterima kasih sama Yanto, sebab sudi ajar kami tanpa bayaran apa-apa. Selain itu juga kami juga ada jurumekap tawu, dari UKM juga, na perkenalkan mama Vee, juga salah seorang penari UKM juga. Amacam cukup bertuah sudah kami, kan , tp ada lagi ni, kalau dulu kami teda bas sekarang kami ada bas tawu. Bas mewah ukm, mewahlah sangat kan  hehe okeylah kan



Tengok sebelah kiri itu adik Mckelly yang merupakan pelajar Bioteknologi Tumbuhan, tahun 2, jadi kalau ada sepa sepa yang mau pokok bunganya di engineerkan silalah buat appointment dengan beliau. Yang di bawah dia tu Karl, pelajar Forensik, tahun 3, ada gaya model bukan, org sabah be.


Apalagi mo ceritta, kami di citrabayu 2011 semuanya seramai 25 orang tidak silap, penari 15 orang dan yang lain adalah penyokong setia. Banyak lg ni kalau mo cerita satu-satu, tp sy bagi pics la dulu k supaya kamu            nda boring. hehehe



          

 

       



Bestkan kami ramai, bah len kali kamu lagi join ni citrabayu, saya jemput semua junior dan bakal pelajar UKM untuk datang join Permis, kesian kan Persatuan sendiri kita tinggalkan begitu sahaja, Ibarat negara tidak berakyat. hehe, bah itu sajalah nanti saya tulis lagi utnuk semua. Salam


By,
Priscilla.