Pages

Ramah Mesra bersama PPNS

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah.. baru sahaja selesai majlis Ramah Mesra bersama Pejabat Perhubungan Negeri Sabah di Auditorium Siswa, Pusanika UKM. Majlis tersebut dihadiri oleh Encik Edris Maidin selaku Pegawai di bahagian PPNS. Di samping itu, turut dihadiri oleh Puan Ajijah Talib dan Puan Mahasitah Amin wakil dari Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah dan En. Roslan Khairuddin wakil dari Yayasan Sabah cawangan Kuala Lumpur. 

Majlis dimulakan dengan ucapan selamat datang daripada Pengerusi Majlis (Rafidah Abd Rahman) dan diteruskan dengan ucapan aluan daripada En Edris Maidin. Majlis diteruskan dengan pembentangan daripada setiap wakil-wakil yang hadir.

Pendedahan secara lebih luas dan jelas diterangkan oleh setiap wakil yang hadir, antaranya:
  • Prosedur permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah
  • Prosedur permohonan Biasiswa Yayasan Sabah
  • Pendedahan kepada pasaran pekerjaan yang dibuka kepada bakal graduan mahasiswa/i @ rakyat Sabah
  • Perkhidmatan- perkhidmatan yang disediakan kepada mahasiswa/i untuk menjalankan sesuatu program.
  • dan banyak lagi..
Taklimat berakhir tepat pukul 12 tengahari..

~ suasana sepanjang majlis ~












~ Terima Kasih ~

0 comments: