Dengan rasa syukur, alhamdulillah Konvensyen Mahasiswa Sabah Semenanjung kali pertama telah berjaya dianjurkan baru-baru ini. Konvensyen ini telah dihadiri seramai 30 perwakilan mahasiswa Sabah daripada beberapa universiti tempatan di semenanjung Malaysia antaranya UKM (selaku penganjur), UM, UPM, USM, UUM, UTeM, UTHM, UniMAP, UiTM dan UPSI. Beberapa isu telah dikemukakan dan antara isu yang hangat dihujahkan sepanjang konvensyen tersebut adalah isu kebajikan mahasiswa Sabah di semenanjung. Beberapa resolusi juga telah ditetapkan dan diharapkan agar segala resolusi tersebut dapat dilaksanakan sebagaimana yang diperkatakan. Sepanjang dua hari berkampung di UKM, akhirnya konvensyen ini berakhir dengan Majlis Perasmian Penutupan yang telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Hj Shafie bin Hj Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah diikuti dengan Majlis Makan Malam Amal Kinabalu pada malam 30 Mei 2012. Majlis perasmian ini juga mendapat liputan media. Selaku penganjur program, kami mengucapkan jutaan terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan dan ingin memohon ribuan kemaafan atas segala kekurangan yang ada sepanjang konvensyen dijalankan.
-Terima kasih atas kerjasama semua-