Pages

Malam Interaksi D' Bayu

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..



Alhamdulillah! Malam interaksi d'bayu telah pun diadakan dengan jayanya. Matlamat program ini adalah untuk memperkenalkan Barisan Pimpinan PERMIS sesi 2011/2012 serta merapatkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa Sabah yang berada di UKM. Bukan itu saja, malahan program ini menjadi satu medium untuk berkongsi masalah yang dihadapi oleh mahasiswa terutamanya mahasiswa tahun 1 yang masih baru dengan kehidupan di universiti. Lensa kamera Exco PERMIS sempat merakamkan beberapa gambar sepanjang aktiviti dijalankan...

~ Pengacara Majlis- Siti Norhidayah ~
~ Ucapan dari YDP Permis 2011/12 - Supardi Tullah ~





~ Terima Kasih ~

Malam Interaksi D'Bayu


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera...

Program terbaru daripada PERMIS!! :


Berikut tentatif program::

8.00 p.m
- Ketibaan para jemputan

8.30 p.m
- Ucapan YDP PERMIS
- Ucapan Penasihat PERMIS, Prof. Tajudin

8.45 p.m
- Tayangan Montaj PERMIS 2011/12
- Pengenalan Barisan Exco PERMIS
- Pembentangan Kertas Kerja Program PERMIS sesi 2011/12
Pembentangan Kertas Kerja MMMS 2011 oleh Feddy Fidelis

9.30 p.m
'MALAM INTERAKSI D BAWAH BAYU'

10.00 p.m
- Slot Q & A 
- Pendaftaran MMMS 2011
- GAMEZZ (dikelolakan oleh Fazmeiniratirow)
- JAMUAN!!!

10.30 p.m - SAYONARAAAA....^__^


* tentatif tertakluk kpd perubahan


Diharap, Mahasiswa Sabah UKM dapat meluangkan masa menyertai program ini. disamping aktiviti yang dijalankan, mahasiswa juga dapat berkenal-kenalan dengan Mahasiswa Sabah tahun 1 yang baru mendaftar.

Jamuan Raya Yayasan Sabah 2011

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, Permis dapat jemputan daripada Yayasan Sabah cawangan Kuala Lumpur untuk menghadiri Rumah Terbuka Yayasan Sabah.. Mahasiswa/i Sabah turut tidak ketinggalan menghadiri rumah teerbuka ini, antara yang hadir adalah dari UKM, UM, UIAM, dan UiTM..

~ suasana sepanjang majlis ~







~ Terima Kasih ~

INFO HANGAT! : SERTAI PERTANDINGAN,MENANGI DSLR!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

DSLR??! mesti ramai yang berminat mahu memilikinya, betul kan? lagi-lagi kehidupan sebagai pelajar ni suka berjalan ke suatu tempat baru dan mengambil ratusan keping gambar. Dengan gaya yang menarik picu kamera yang agak tidak canggih ditarik.."klik!" terhasil satu gambar cantik.. tapi melihat kepada kualiti gambar tidaklah sehebat gambar yang di tangkap oleh kamera DSLR.. percaya atau tidak, boleh buat eksperimen sendiri.. bandingkan dua gambar,dan carilah kepercayaan masing-masing dalam menilai kualiti gambar-gambar tersebut.


Sekadar perkongsian bersama, Ahli Parlimen Kota Belud telah mengadakan pertandingan terbesar Fotografi di laman muka buku "klik-klik bersama Ahli Parlimen 169 Kota Belud". Namun begitu pertandingan ini hanya terbuka kepada warga KOTA BELUD sahaja. Sesiapa yang berada di luar daerah Kota Belud, maka tidak layak untuk menyertai. Buat warga Kota Belud yang bertuah,rebutlah peluang yang ada sekarang.. lunaskan impian anda untuk memiliki DSLR secara percuma! penyertaan percuma! dan sekiranya tidak berjaya memiliki, masih ada harapan untuk memiliki kamera digital sebagai hadiah saguhati.. best kan? Oleh kerana merasakan terlalu best jugalah, entry ini dibuat sejurus membaca info berkenaan di laman muka buku sebentar tadi.. biarpun jarum jam sudah menunjukkan satu dua puluh lima pagi, namun semangat berkobar-kobar mahu menyampaikan kepada semua keluarga Permisan tidak terbendungkan lagi. Lantas jari jemari laju menari di papan kekunci menaip setiap bait perkataan indah dan berbunga-bunga buat mereka yang memasang impian  untuk memiliki DSLR^-^ . Bagi yang tidak dapat turut serta, jangan sedih-sedih bah.. minta Ahli Parlimen di tempat masing-masing buat pertandingan macam ni..

Hadiah pertama Nikon D7000, Tempat kedua akan memenangi Nikon D90, dan tempat ketiga akan memenangi hadiah berupa Nikon 3100! hadiah tempat kedua digredkan sebagai Hi-End consumer camera oleh Pihak Nikon sendiri, manakala D3100 adalah kamera untuk kategori entry level sahaja. perbezaan keduanya adalah dari segi prestasi dan aras kebolehan. Hadiah saguhati menanti, bagi yang tidak dapat memenangi tempat-tempat tersebut, bukan kesemuanya, sebilangan yang terpilih sahaja.

Mau tunggu apa lagi tu?? jom ramai-ramai warga Kota belud!!! 

       

( Gambar dari ehsan pak cik Google )

Di bawah ini saya sertakan syarat-syarat pertandingan tersebut :

1) Penyertaan 

~ Terbuka kepada semua warga Kota Belud sahaja. Penyertaan terhad kepada satu hasil karya sahaja.Peserta bagi pertandingan ini wajib memiliki akaun FACEBOOK dan bagi sesiapa yang tidak memiliki akaun FACEBOOK dinasihati agar membuka akaun FACEBOOK terlebih dahulu bagi melayakkan diri menyertai pertandingan ini. Semua peserta juga dikehendakai “LIKE” page pertandingan ini di laman sosial FACEBOOK.

2) Ahli Jawatankuasa penganjur,keluarga terdekat, rakan penaja dan keluarga terdekat TIDAK DIBENARKAN menyertai pertandingan ini.

3) Peserta bebas menggunakan apa sahaja jenis kamera untuk menghasilkan foto untuk di pertandingkan termasuk menggunakan kamera DSLR, telefon bimbit , PDA,iPhone,dan apa sahaja peralatan yang boleh mengambil gambar.

4) Cara Penghantaran

~ Emailkan gambar anda terlebih dahulu ke Email : klikklikap@yahoo.com untuk undian LIKE.Pihak penganjur akan memuatturun gambar tersebut di album klik klik bersama ahli parlimen 169 Kota Belud. Seterusnya, baru hantar borang dengan softcopy ke kedai Arked Print.

5) Foto yang dipertandingkan hendaklah milik peserta termasuk hakcipta dan tidak pernah disiarkan di mana-mana laman sesawang dan badan penerbitan.

6)Foto yang dipertandingkan hendaklah diambil ketika tempoh masa yang diperuntukkan oleh pihak penganjur.

7) Peserta di larang melakukan sebarang pengubahsuaian pada gambar kecuali penimbangan warna, penajaman dan pemotongan komposisi. Manipulasi adalah DILARANG.

8) Penganjur berhak menerbitkan / menyimpan /mencetak mana-mana gambar yang di hantar tanpa makluman dan kebenaran bertulis daripada peserta atau tanpa perbincangan terlebih dahulu mengenai sebarang bayaran untuk penggunaan gambar yang terlibat.

9)Semua penyertaan hendaklah DIMUATNAIK/ DI’TAG’ di akaun pertandingan selewat-lewatnya seminggu sebelum Tamu Besar Kota Belud 2011.

10) keputusan juri adalah MUKTAMAD. 

11) Gambar yang dipertandingkan mestilah berkaitan dengan budaya, masyarakat dan ekonomi Kota Belud.

12) Setiap tajuk bernadakan sajak pendek, pantun ataupun kata-kata mutiara yang menggambarkan imej sesuatu hasil karya fotografi contohnya “Dinginnya bayu Gunung Kinabalu, manisnya bahasa kata bicara”.

13)Setiap peserta diwajibkan menghantar softcopy (salinan asli) gambar di Arked Print Group dalam PENDRIVE atau CD untuk mengelakkan sebarang penipuan.

14)Kegagalan mematuhi sebarang syarat dan peraturan pertandingan akan mengakibatkan penyertaan terbatal dengan serta –merta.

15) Penyertaan adalah PERCUMA, tiada sebarang bayaran di kenakan.

16) Dengan menyertai pertandingan ini, peserta adalah bersetuju dengan syarat dan peraturan yang telah
ditetapkan.

pesan Permis ~ untuk meklumat lanjutan , boleh hubungi 088 971086 ^-^ Good Luck!
                      ~ satu lagi.. sebelum bertanding, pastikan mengambil borang penyertaan pertandingan  
                         dahulu di ARKEB, K.B ( Arked Print group)

Disediakan oleh :
Faz Nandra

Perjumpaan Kedua PERMIS sesi 2011/2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera

The 13th JMC Meeting is

Salam Jumaat,penghulu hari bagi segala hari. Untuk pengetahuan semua keluarga Permisan,semalam merupakan perjumpaan yang kedua dalam sem ini, insyaAllah ada perjumpaan seterusnya untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang bakal dilakukan. Terima kasih kepada sesiapa yang dapat meluangkan masa bersama semalam di bilik kecil PERMIS,Pusanika. Biarpun kecil dan agak sempit tapi perbincangan yang dilakukan semestinya perbincangan yang besar. Tentang apa? mestilah tentang aktiviti terdekat yang bakal dilaksanakan. Kalau dilihat di ruang mukabuku,ramai yang bertanya tentang aktiviti dan Program Permis. Terutama sekali adik-adik tahun satu yang baru mengenal kehidupan kampus,selepas habisnya BMP mesti ada yang rindu berprogram kan? 

Memandangkan permintaan tinggi,maka semalam MT dan Exco-exco sepakat untuk mengadakan aktiviti terdekat yang bakal dilakukan setidak-tidaknya awal bulan November ini. Program ini dinamakan sebagai Minggu Mesra Mahasiswa Sabah (MMMS) yang bertempat di Sungai Tekala, Semenyih (tertakluk pada perubahan), pengangkutan disediakan.. mesti ada yang bertanya,seminggu kah ni?? ohh tidak.. jangan terpengaruh dengan perkataan ' minggu' disitu, hakikatnya program ini hanya berlangsung selama satu hari. Dengan slogan yang dibincang semalam 1Hari, 1Sabah, 1Malaysia! macam mana? excited? Sebenarnya ini adalah hari interaksi bersama mahasiswa/I sabah UKM. Tidak kiralah tahun berapapun, tapi diutamakan pelajar tahun satu dan tahun dua. wajah mereka yang sering meminta program telah di aim lama. Jadi bagi mereka-mereka ini wajib datang.  Untuk keterangan lanjut sila lihat cadangan-cadangan usul di bawah~

Tarikh   : 5 November 2011*
Tempat : Sungai Tekala, Semenyih *
Masa    : 09 - 05 PM *
Yuran Pendaftaran  : RM 3.00 sahaja

* Tertakluk kepada perubahan

Barisan ahli jawatankuasa yang terlibat  :

Pengerusi:   Supardi Tullah 

Ketua Pengarah:   Feddy Fidelis 



Pen. Ketua Pengarah :   Khairul Anuar Aharin 

Setiausaha :  Rafidah binti Abd Rahman



Pen. S/U :  Puspawati 

Bendahari :  Jacqueline Atat



Pen. Bendahari :  Norusana Reflee 

Ketua Program :  Bronny Atoi 



Pen. Ketua Program :  Alfaizan Ridis & Mohd Izhar

Ketua Publisiti/ Pendaftaran :  Harianto Saleh 



Pen. Ketua Publisiti/ Pendaftaran :  Fazmeiniratirow  & Karl

Ketua Pengangkutan :  Mohd Zulhadi



Pen. Ketua Pengangkutan :  Nurhidayati Rajikan


Ketua Jamuan :  Noraida Jamlie 


Pen. Ketua Jamuan :  Siti Norhidayah  & Najerah Asjali

Ketua Pemasaran :  Mohd Riduan 



Pen. Ketua Pemasaran :  Mustapha  &Sauffpah Sarun

Ketua Kebajikan/ Keselamatan :  Mohd Naim



Pen. Ketua Kebajikan/Keselamatan :  Mohd Ali Jainneh  & Mohd Fauzi

Ketua Tugas-tugas Khas :  Jickson


Pen. Ketua TTK :  Gloria  & Diona


Pesan Permis ~ bagi yang telah diamanahkan dengan tanggungjawab mereka,sila beri komitmen sewajarnya. Jangan atas nama sahaja,tapi tugasan tidak dibuat.. hancur~  dan sekiranya ada perjumpaan lain yang bakal menjelang, DIWAJIBKAN datang, tepati masa dan jangan jadikan datang lewat sebagai tradisi turun menurun.. mahasiswa sepatutnya mengganggap masa seperi pedang yang mencantas,lambat maka mati :) sesiapa datang lambat dengan alasan munasabah, maka dimaafkan. Tapi jangan berlakon dan buat-buat sibuk, lakonan disini tidak digunapakai~ Sekian..

Ini saja buat kali ini, rajin-rajinkan diri melawat laman sesawang PERMIS.. Maaf andai terkasar bahasa, ianya sekadar teguran untuk kebaikan bersama :) berkenaan dengan program MMMS, semua keluarga Permisan dijemput untuk sama-sama memeriahkan program ini.. Aramaiti!!! 

Minggu Pengenalan Persatuan 2011



Assalamu'alaikum dan salam sejahtera...



Alhamdulillah, Minggu Pengenalan Persatuan UKM telah pun berlangsung dengan jayanya. Sepanjang minggu pengenalan persatuan ini, yang bermula dari 19 sehingga 20 September 2011, penyertaan daripada kalangan mahasiswa UKM tahun satu amat menggalakkan. Bahkan, mahasiswa daripada tahun-tahun yang lain juga tidak ketinggalan untuk mendaftar dalam persatuan-persatuan anak negeri yang ada. Bagi PERMIS pula, tahun ini mencatatkan rekodnya yang tersendiri. Berdasarkan rekod, seramai 56 mahasiswa  yang majoritinya dari kalangan mahasiswa tahun 1, telah mendaftar untuk menjadi ahli di bawah naungan PERMIS. Sedikit membanggakan, terdapat juga mahasiswa yang bukan kelahiran negeri Sabah telah menyertai PERMIS. Mungkin dalam kalangan mereka, ada yang berminat mendalami serta mendekati mahasiswa kelahiran negeri Sabah itu sendiri. Sehinggakan ada yang bersedia untuk mengeluarkan duit semata-mata ingin menyertai program-program (rujuk disini) yang telah pun dirancang oleh Barisan Pimpinan PERMIS sendiri.  Maka, berbanggalah menjadi anak SABAH!


Jom terjah antara gambar-gambar yang sempat dirakam lensa kamera ajk yang bertugas. layan....





























Sekian. Semoga hubungan silaturrahim antara Mahasiswa Sabah UKM akan terus bertambah erat. Insya-Allah, barisan pimpinan akan mengadakan aktiviti yang terdekat untuk meraikan ahli baru PERMIS. Atau mungkin juga anda mempunyai cadangan aktiviti yang lebih baik untuk diadakan. Sila lah komen.


:: Salam 1UKM, 1SABAH::