Pages

BARISAN PIMPINAN PERMIS 2011/2012


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera...

Barisan Pimpinan Persatuan Mahasiswa Sabah sesi 2011/2012 


Semoga barisan pimpinan yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan penuh keikhlasan. Diharapkan juga Mahasiswa Sabah yang berada di Universiti Kebangsaan Malaysia dapat memberikan sokongan sepenuhnya dalam aktiviti (klik sini) yang telahpun dirancang. 

~ Terima Kasih ~

SELAMAT DATANG WARGA BARU SABAHAN UKM!


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

pandang kiri dan kanan,oh rupanya blog ini sudah bersawang kerana terlalu lama dibiarkan sepi tanpa ada apa-apa entry yang terbaru daripada admin..pertama sekali saya selaku admin pertama blog ini mewakili dua orang admin yang lain ingin memohon sejuta kemaafan daripada keluarga Permisan kerana membiarkan blog ini menjadi usang biarpun tiada debu-debu yang dapat dilihat secara zahirnya.. di samping itu juga,saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin. Rasanya masih belum terlambat kan,bulan syawal pun masih ada lagi saki bakinya untuk sama-sama kita saling memohon kemaafan di sini.  oh ya, kalau dilihat dari ruang tetingkap bicara di sebelah kanan,ada beberapa komen daripada pengunjung blog ini yang saya yakin mungkin sabahan juga. Terima kasih dengan kritikan membina,terima kasih kerana menegur kelembapan perjalanan blog ini. Untuk makluman semua, kewujudan blog ini masih lagi baru..kalaulah diibaratkan dengan bunga,blog ini ibarat kuncup bunga yang masih mentah,dan kalaulah kita ibaratkan dengan manusia,blog ini sama seperti bayi yang baru saja merangkak dan cuba bertatih berjalan selangkah demi selangkah.. namun begitu keprihatinan yang diberi oleh kalian terhadap blog ini adalah sangat dihargai. Terima kasih ^-^ insyaAllah,hari demi hari segala kesilapan dan kekurangan akan diperbaiki dan diperkasakan lagi.

SELAMAT DATANG KE LEMBAH ILMU,UKM!!

Apa khabar ahli Permisan yang baru? harap sentiasa sihat sepanjang bulan ini. Saya difahamkan Minggu Mahasiswa Pelajar telah dilanjutkan menjadi sebulan. Secara tidak langsung MMP bertukar menjadi BMP,betul kan? bah.. terpaksalah kamu bersabar ar,jangan sampai ada yang mau bunuh diri terjun bangunan gara-gara hal tu..tidak juga bah kan? iman biarpun senipis kulit bawang,tapi akal tetap ada untuk menentukan yang baik dan buruk..muslim atau bukan muslim,keduanya perlu berfikiran wajar dan rasional setiap masa, jadi siapa yang baru terfikir mau terjun tu taubat-taubatlah sikit.. mahasiswa/I kena berhati cekal dan tabah.. fikiran perlu dikembangkan dan diperluaskan, jangan biarkan akal jadi cetek seperti berada di kawasan ruang lingkup gelas kecil.. biarlah akal berkembang seperti luasnya lautan.. pandang lagi kiri dan kanan sambil tangan dibawa kemulut.. " ohh bebelan daku sudah mula memanjang.. STOP!! "

Berbalik kepada tajuk tadi.. kepada adik-adik yang baru saja menjejakkan kaki ke UKM diharap dapat membiasakan diri dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus. kalau ada masalah bolehlah datang bertemu dengan senior-senior dari Sabah ni.. manalah tahu dapat tolong kan,sekurang-kurangnya sedikit bebanan masalah yang ditanggung oleh adik-adik ni dapat dikurangkan.. jangan segan dan jangan malu,kita kan ahli keluarga Permisan.. kami sudi meminjamkan telinga mendengar masalah dan luahan hati kalian... =) insyaAllah.. ohh ya ,sebelum terlupa.. bagi pelajar baru yang berada di kawasan kampus Bangi,pendaftaran persatuan sedang diadakan di bangunan PUSANIKA sepanjang minggu ini. Jadi bagi sesiapa yang belum mendaftar masuk ke dalam persatuan mahasiswa/I sabah (PERMIS), adik-adik sangat dialu-alukan untuk mendaftar. Untuk peringatan,esok adalah hari yang terakhir bagi pendaftaran tersebut. Kelalaian dari pihak adik-adik akan menghilangkan peluang untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang akan diadakan bersama ahli keluarga Permisan yang lain. Manakala bagi pelajar baru yang berada di kawasan kampus Cheras,pendaftaran persatuan akan bermula pada minggu hadapan. Sesiapa yang ada kawan-kawan sabahan yang baru mendaftar dan belum lagi mendaftar, tolong ingatkan mereka semula ar.. rugi kalau peluang ini dilepaskan begitu saja.. ndakan kamu mau membiarkan label anak sabahan UKM tu hilang kan? jangan action buat-buat mendaftar di negeri lain sudah.. anak Sabah bah kita ni.. :)

Bah~ cukuplah bebelan untuk malam ni. Kalau berlimpas-limpas tu tegur-tegurlah ar,jadi kita boleh eratkan lagi silahturrahim sesama kita..

Bakar hutan tanam kesum,
Buat masak gulai patin,
Sebar salam murahkan senyum,
Sahabat bertambah ukhuwah terjalin.

By : Faz Nandra